Aktiviti-aktiviti AIMS
Antara-antara aktiviti AIMS ialah:
1) Program OPKHIM:
Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKHIM) merupakan aktiviti yang dilakukan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk mendekatkan dengan kehidupan masyarakat serta menyemai sifat kesukarelaan dalam diri siswa dan siswi akan tanggungjawab sosial serta melatih mereka supaya lebih berkemahiran dalam komunikasi dan pengurusan program.
2) Program Explorace Aims
Program Explorace Aims adalah aktiviti yang mencabar mental dan fizikal siswa & siswi dalam menyelesaikan cabaran dan rintangan secara berkumpulan. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat melatih dan menggalakkan mahasiswa bekerjasama dalam satu pasukan serta merapatkan lagi silaturahim antara mereka.
3) Family Day AIMS
Family Day AIMS merupakan program yang diadakan untuk setiap pelajar semester di UiTM Puncak Perdana. Melalui program ini, mahasiswa dapat mengenali antara satu sama lain serta mengekalkan hubungan yang baik antara pelajar senior dan junior untuk setiap semester.
4) Perhimpunan Mahasiswa Aims
Perhimpunan ini diadakan bagi bertujuan memperkenalkan Persatuan AIMS kepada mahasiswa baru serta makluman mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang semester berlangsung. Selain itu, diadakan juga perjumpaan mentor & mantee dalam kalangan mahasiswa/i.
No comments:
Post a Comment